Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

CAMBVIET – DAY 1: KILLING FIELD WAT THMEI

Sebenarnya kalo ikut plan asal, kami takde la nak ke sini sebab nak ke Killing Field yang kat Phnom Penh nanti. Tapi sebab petang ni kami nak beli Angkor Pass untuk esok and kaunter cuma bukak kul 5pm, so kami singgah ler Wat Thmei ni sebab lokasinya dekat je dengan pintu masuk Angkor Complex.

Wat Thmei dekat jer ngan Main Entrance Angkor Complex
Killing Field Wat Thmei ni merupakan salah satu dari beberapa Killing Field di Cambodia sebagai memorial kepada generasi sekarang tentang mereka yang terkorban sewaktu berada di bawah pemerintahan kejam Khmer Rouge.

Pada those yang tak tau sejarah Cambodia meh sini Kak Kiah nak story. Alkisahnya pada tahun 1975 dulu, Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot telah merampas kuasa dari kerajaan Cambodia. Lepas rampasan kuasa berlaku, ribuan penduduk di Phnom Penh telah dihalau keluar dan terpaksa berjalan beribu batu untuk selamatkan diri. Ada yang dipaksa jadik buruh kasar, ada yang mati kebuluran atau jatuh sakit. Sebab si Pol Pot ni bengkek giler dengan golongan2 bijak pandai (dia ni fail exam dua kali masa kat universiti dulu), jadi ramai la orang2 pandai di Cambodia dibunuh secara beramai2 termasuk la keluarga mereka. Selain golongan bijak pandai, aristokrat, orang2 beragama sama ada Buddha atau Muslim, karyawan, ahli2 muzik serta kaum2 minoriti pun dibunuh jugak. So, lepas Pol Pot hilang kuasa pada tahun 1979, di seluruh negara Cambodia ni banyak la mass grave dijumpai yang penuh dengan tengkorak2 mangsa yang dibunuh. Tengkorak2 dan tulang2 yang ditemui akan dikumpulkan di satu tempat dan dinamakan Killing Field. Sampai sekarang proses menggali kubur ni masih berterusan and tengkorak2 yang dijumpai akan dihantar ke Killing Field yang berdekatan.

Pintu masuk ke Wat Thmei
Untuk masuk Killing Field Wat Thmei ni free jer. Takde guide diperlukan sebab ada banyak notice board yang boleh dibaca untuk kita faham sejarah pahit Cambodia satu masa dulu.

Killing Field Wat Thmei
Antara yang dipaparkan di papan pameran
Tengkorak2 mangsa yang dijumpai sekitar Siem Reap
Serpihan tulang dan cebisan tengkorak
Inilah syaiton2 durjana yang menerajui Khmer Rouge dan melakukan kezaliman kepada rakyat Cambodia
Taburan mass graves yang dijumpai
Antara papan pameran yang ada
Agak gruesome gak la perasaan Kak Kiah masa kat sini. Nampak pulak tengkorak bersusun2 camtu rasa macam tegak bulu ketiak dibuatnya. Tapi bila datang sini sikit-sebanyak tu rasa insaf dalam hati. Sebab seblom ni memang Kak Kiah tak amek pot hal kekejaman yang berlaku kat Cambodia ni. Memang la masa kecik2 dulu bila aruah Tok bukak Dunia Jam 10 selalu la dengar pasal Khmer Rouge, pasal Pol Pot.. tapi serious memang Kak Kiah tak faham and tak amek peduli sampai la hari pertama ni bila dah jejak kaki di bumi Cambodia and tengok depan mata kesan dan akibatnya kepada rakyat Cambodia. Sedih sangat tengok depa. No wonder diorang ni ketinggalan jauh. Bertahun amek masa nak pulihkan ekonomi.

Killing Field Wat Thmei ni takde la besar mana. So setengah jam je dah habis ronda. Lepas layan perasaan gundah-gulana, tengok jam pun dah kul 5pm. So Maliki pun terus la bawak kami menuju ke pintu entrance Angkor Complex untuk membeli Angkor Pass untuk tour esok.

Yorum Gönder

0 Yorumlar